CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, July 19, 2012

Kasih IBU...

Hati ini tersentuh lagi tatkala tarikh ini menjelma..terasa sayu dan sebak tapi diri ini tidak mampu untuk mengungkapkan apa yang di rasai..biarlah ku pendam perasaan itu sendiri..bukan tidak redha dengan ketetapan Allah tapi setiap manusia itu punya perasaan bukan..akan sedih bila kehilangan, rasa untuk disayangi, di peluk terutama oleh orang yang paling dekat dengan kita..orang yang melahirkan kita..IBU..



 Seperti yang semua tahu, kasih IBU membawa ke syurga..jadi, hargai lah dia sementara masih ada..kita tidak akan pernah sedar tempoh pinjaman yang Allah berikan itu singkat dan akan tamat tanpa kita sedari melainkan kita sentiasa menghargainya..seorang IBU mampu menjaga sepuluh orang anak tapi seorang anak belum tentu mampu menjaga seorang IBU..hebatnya insan yang bergelar IBU..


Kekadang terasa cemburu dengan sahabat dan teman yang masih punya tempat untuk meluahkan perasaan dan bermanja..namun apakan daya, setiap yang pergi tidak akan pernah kembali lagi..kita perlu berpegang pada qada' dan qadarNya, itu yang pasti sebagai hambaNya yang beriman...

tapi setiap yang terjadi ada hikmahnya bukan..Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan Dia tahu hambaNya mampu mengatasinya..


Ya Allah, tabahkan lah dan kuatkan lah hati ku dalam menghadapi hari2 yang mendatang..semoga ada sinar baru dalam hidupku..

syukur alhamdulillah atas nikmat yang telah Kau berikan ya Allah..jadikan ku antara hamba-hambaMu yang bersyukur ya Allah..Kau ambil dia daripada ku tapi Kau berikan sesuatu pada ku dan Kau tidak pernah tinggalkan ku..

Tuesday, July 19, 2011

La Tahzan Innallah hama'ana

Ibu..
dalam kedinginan malam
teringat daku kepadamu
saat manis bersamamu
masih segar dalam memoriku
menemani kerinduanku
rindunya aku kepadamu
detik-detik terakhir bersamamu
terlalu bermakna dalam hidupku
ingin ku kongsi bersama
supaya mereka tahu
betapa berharganya
insan bergelar IBU
betapa aku menderita
pedihnya kehilanganmu
derita di perasaan
indah di pandangan
luka di hati
tak siapa yang tahu
tidurku bersulamkan air mata
ditemani bacaan Yaasin untukmu, ibu...
semoga roh mu tenang di sana...

Hari ni genap 6 tahun arwah mak tak ada..sungguh rasa terkilan tu masih di hati walau detik telah lama berlalu..ingin ku ulang memori semalam yang masih segar terlayar di minda...
~la tahzan innallah ha ma'ana~

Monday, May 9, 2011

hARi iBu...

assalamualaikum..
tadi ramai yg post kat fb sambut hari ibu..kalau di ikutkan sambutan hari ibu ni banyak khilafnya..
depend atas niat kita..
ermmm...saya terkesan la juga bila semua orang sambut hari ibu..rasa macam kehilangan sesuatu..
jujur saya cakap yang saya cemburu bila semua orang boleh wish, boleh call n boleh peluk mak diorang..
kadang-kadang saya tertanye-tanye kenapa dia pergi terlalu cepat..
di saat saya masih memerlukan dia di sisi..=(
untuk membantu melangkah ke hadapan...hidup penuh dugaan dan cabaran..
namun, ku  redha dengan apa yang telah tersurat..harus terima qada' dan qadar Nya..pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi..tabahkan diri..la tahzan innallah ha ma'ana..

p/s : hargai ibu sementara dia masih ada..jangan sampai suatu saat kita tidak sempat minta maaf dia kembali pada PenciptaNya..



I ask 4 strength..
And Allah gave me difficulties to make me strong
I asked for wisdom…
And Allah gave me problems to solve..
I asked for courage..
And Allah gave me obstacles to overcome..
I asked for love..
And Allah gave me troubled people to help
I asked for favors…
And Allah gave me opportunities…
Maybe I received nothing I wanted..
But I received everything I needed..

Sunday, February 6, 2011

oh God..forgive me..


 mengingatkan kita untuk semakin bersyukur pada sang Pencipta...
Ahmed Bukhatir - Forgive me (English version)

Lyrics:

Today, upon a bus,
I saw a girl with golden hair.
And wished I was as fair.
When suddenly she rose to leave,
I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch.
But as she passed, she smiled.
Oh God, forgive me when I whine. When I whine.
I have two legs the world is mine.

I stopped to buy some candy.
The lad who sold it had such charm.
I talked with him, he seemed so glad.
If I were late, it `d do no harm.
And as I left, he said to me,
"I thank you, you've been so kind.
You see," he said, "I `m blind"
Oh God, forgive me when I whine. When I whine.
I have two eyes the world is mine.

I saw a child with eyes of blue.
He stood and watched the others play.
He did not know what to do.
I stopped a moment and then I said,
"Why don't you join the others, dear?"
He looked ahead without a word.
And then I knew. He couldn't hear.
Oh God, forgive me when I whine. When I whine.
I have two ears the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine. When I whine.
I have blessed indeed, the world is mine



Lagu ni sangat2 menyentuh hati..first time dengar pun saya dah nangis. Saya sentiasa ulang tayang lagu nie supaya saya jadi manusia yg lebih bersyukur dengan apa yg saya ada. Manusia memang tak pernah puas dengan apa ygmereka ada sebab tu lah mereka selalu merungut sedangkan mereka ada apa yg orang lain tak ada.

 Sepatutnya kita bersyukur dengan apa yg kita dapat kerana Allah s.w.t. tahu apa yg terbaik untuk hamba-
hambaNya. Jangan  merungut sebab ada sesetengah orang yg tak bernasib baik pun tak pernah merungut. Layak kah kita merungut sedangkan mereka tak pernah merungut dan redha dengan apa yg terjadi??. 

Sepatutnya dengan kelebihan yg kita ada, sebagai khalifah Allah kita tegakkan agama Allah, sebarkan
dakwah kerana kita mampu. Kita ada kelebihan yg mereka tak ada. Apa guna nya kita miliki dunia ini kalau
kita tak menjalankan tanggungjawab yg sepatutnya kita jalankan.

Apa fungsi nya kita hidup kat muka bumi ni kalau sekadar hidup semata-mata, sibuk dengan urusan duniawi sedangkan kita tak tahu apa nasib kita di akhirat kelak??. Kita punya kaki, mata dan telinga untuk berjalan, melihat dan mendengar apa yg berlaku di sekeliling kita.

Cuba bayangkan kalau Allah tarik nikmat pergerakan, penglihatan, dan pendengaran kita, apa yg kita rasa??.
Kita pastinya tak akan setabah mereka kerana mereka lebih tahu erti bersyukur dan redha lebih daripada kita. Bila kaki kita sakit sikit pun kita dah rasa susah nya nak jalan bila kaki sakit, apatah lagi orang yg tak bernasib baik dan kehilangan sesuatu yg penting dalam hidup dia. Manusia akan lebih menghargai dan bersyukur bila dia kehilangan sesuatu.

Renung-renungkan lagu ni..ambil iktibar..semoga kita menjadi manusia yg lebih bersyukur dan ambil kesempatan yg ada untuk tunaikan tanggungjawab kita di bumi Allah s.w.t...

=>oh God, forgive me when i whine...

Tuesday, January 18, 2011

Allah knows what’s best for us...

Allah knows what’s best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain

We always want the laughter
And the merriment of cheer
But our hearts will lose their tenderness
If we never shed a tear.

Allah tests us often
With suffering and with sorrow
He tests us not to punish us
But to help us meet tomorrow

For growing trees are strengthened
If they withstand the storm
And the sharp cut of the chisel
Gave the marble grace and form

Allah tests us often
And for every pain He gives to us
Provided we’re patient
Is followed by rich again

So whenever we feel that everything is going wrong
It is just Allah’s way
To make our spirit’s strong.


p/s : thanks kak da  for such wonderful words...=)

Monday, January 3, 2011

iMaN awak BERCUTI ke??


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Iman : Assalamualaikum, bos 
Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?
 
Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..
 
Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan kau takde.. 
Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS,TV..jadi kami rasa terpinggir 
Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit saya habis... entah ar 
Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, mathurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka.. 
Diri : Saya tak pernah minta kau bercuti 
Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya pekerja tambahan? Saya lihat mereka buat tuan gembira.. 
Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali 
Iman ; Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga... 
Diri : Maafkan saya. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya akan jaga, En Iman. 
Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah. Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya? 
 
Diri : Janganlah menyalahkan saya. 
Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami 
Diri : Dah awak tak melawan? 
Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga.. Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit? 
Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya 
Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami.. 
Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya 
Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami. 
Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..saya rimas.. 
Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan.. 
Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya 
Iman : Tuan betul-betul sanggup? 
Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur.. 
Iman : Alhamdulillah..kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi 
Diri : Terima kasih..=) Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En mathurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan kamu ya? 
Iman : Alhamdulillah.Moga keuntungan tuan berganda-ganda tahun ini dan seterusnya.. 
Diri : Terima kasih pegawai kewanganku ..


Ya Allah, Jangan Kau ambil nikmat iman dan islam dari kami. Amin Ya Rabb...


renungkan...


‘...adakalanya kita perlu MENANGIS
agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk KETAWA,
dan adakalanya kita perlu KETAWA
agar kita tahu mahalnya nilai AIRMATA...’
“...bersyukur pada orang yang MENYAKITI mu kerana dia yang MENABAHKAN kamu,
Bersyukur pada orang yang TAK MENGENDAHKAN kamu kerana dia yang MEMUPUK mu BERDIKARI,
Bersyukur pada orang yang MENJATUHKAN kamu kerana dia orang yang MEMPERHEBATKAN kemampuan mu,
Bersyukur pada orang yang MENYIKSA mu kerana dia yang menguji KESABARAN dan KETABAHAN kamu...”



"ALLAH menguji hambaNYA dengan dugaan & kenikmatan, 
di uji kita dengan ujian sehingga kadangkala kita rasa buntu menghadapi kehidupan..
sabarlah wahai hati..ALLAH memilihmu kerana ingin dirimu dekat
padaNYA..
mudah-mudahan engkau diberi kekuatan kerana dengan ujian kau akan rasa manisnye kehidupan". INSYA ALLAH

"Bila engkau letih & hilang rasa semangat,
Allah tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya,
Bila tangisan mu berpanjangan & hati mu kedukaan,
Allah telah mengira titisan air mata mu,
Bila engkau rasa ketinggalan & masa meninggalkan mu,
Allah sntiasa disisimu.
Bila engkau telah mencuba tapi tak tau arah tujuan,
Allah ada jalan penyelesaiannya"....

p/s : renung2 kan kata2 ini...selalunya apa yang kita baca lagi terkesan dalam hati kita berbanding dengan apa yang orang cakap kat kita...sy lebih menghayati dan merasai apa yang sy baca...ia akan menginsafkan sy, membuat sy jadi lebih banyak berfikir dalam setiap apa yang saya lakukan...