CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 30, 2010

ni gmbar si kecil damia...baru jer lahir sebulan lebih...my cousin...tiap2 petang sanggup pergi rumah nenek sebab nak main dengan dia...she's so sweet....geram sgt...love her so much...dia ada sorang abang tapi abang dia baru jer umur 3 tahun..kecik lagi..ermm best nye jadi budak kecik, tak perlu fikir apa-apa & juz nangis lau nak pape..
kalau lah hidup semudah itu kan?.hidup kita sentiasa penuh dengan cabaran dan dugaan, sepatutnya ia menjadikan kita manusia yang lebih kuat dan tabah tapi mampu kah seorang insan biasa berhadapan dengan hidup yang penuh dengan dugaan yang menanti..tepuk dada tanya iman...

Saturday, November 20, 2010

HATI-HATI!!..perhatikan SEJADAH anda..

::Perhatikan Sejadah Anda!!::


Freemason



Artikel ini juga telah dipetik dari 'efairy-holywar' dan beberapa rangkaian blog lain yang pernah ditutup oleh pihak tertentu kerana memdedahkan rahsia sulit 'The Elite'.Walau bagaimanapun pendedahan ini akan terus dibuat demi menyelamatkan kesucian dan maruah Agama Islam.Mungkin ramai yang telah mengetahui perkara ini.Namun sekiranya anda belum mengetahui,sila ambil tahu!!.Ini sangat penting demi memelihara akidah anda.

Kini kita akan menyentuh berhubung sejadah.Ya, sejadah yang digunakan oleh anda untuk alas solat.Apa yang menariknya disini?Sila perhatikan dahulu gambar/gambarajah dibawah :


Master Carpet Freemason1



Freemason - Mater Carpet



Berdasarkan gambar Master Carpet di atas, saya akan mengambil tiga cirinya ;

1) Lantai Berpetak (hitam/putih)/Checkered Floor
2) Bintang dan Bulan
3) 2 tiang yang dikenali sebagai Joachim dan Boaz.

Sekarang kita akan perhatikan pula contoh salah satu sejadah yang telah diambil.Sila perhatikan betul-betul.



Sejadah dengan 3 ciri freemason ; checkered floor,bulan dan bintang dan 2 tiang (Joachim & Boaz)


Perhatikan sejadah di atas, ia juga mempunyai 3 ciri yang saya nyatakan iaitu bintang dan bulan, lantai berpetak (checkered floor) dan 2 tiang.

Berikut adalah contoh sejadah yang mempunyai 3 ciri freemason iaitu (GAOTU (Great Architect of the Universe), All Seeing Eye (mata) dan tiang Joachim Boaz



Jika kita perhatikan sejadah di atas secara betul-betul dan teliti kita akan perasan 2 tiang iaitu tiang Joachim dan Boaz, All Seeing Eye (mata) dan GAOTU yang tergantung di antara 2 tiang. All Seeing eye anda boleh jumpa di tengah antara 2 tiang. Cuba anda bandingkan sejadah di atas dengan gambar di lodge Freemason di bawah.


Lodge Freemason




Perhatikan GAOTU yang tergantung di logde Freemason di atas. Ada persamaan dengan gambar yang tergantung di sejadah di atas. Dan jika anda zoom kan gambar di logde Freemason tersebut, anda akan jumpa lambang bulan dan bintang di sisi jangka lukis. Ini membuktikan bahawa Masons menggunakan lambang ini sebagai salah satu lambang mereka dan lambang ini bukanlah lambang agama Islam yang suci ini.


Di sini saya tolong zoom kan gambar-gambar tersebut. Perhatikan lambang Bulan dan Bintang yang jelas kelihatan di sisi jangka lukis dan bandingkan GAOTU yang tergantung di sejadah dan di lodge.


Lodge Freemason (zoom in)



sekali lagi bandingkan dengan sejadah dibawah ;


Sejadah yang terdapat 3 ciri2 freemason iaitu : GAOTU (Great Architect of the Universe), All Seeing Eye (mata) dan tiang Joachim Boaz




Inilah perancangan jahat Yahudi dan Nasrani yang ramai antara kita tidak perasan dan sedar.Mereka akan mnjadikan KITA SESAT DALAM KEADAAN BERIMAN .Walaupun dengan perkara sekecil ini, mereka tetap menjalankan rancangan jahat mereka. Diharap kita semua lebih berhati-hati dan peka selepas ini dalam kehidupan seharian.

"Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam)." Al-Baqarah 109



Saya akan menghuraikan beberapa istilah diatas yang berkemungkinan mengelirukan anda :

1) Freemason

- Freemason dan Illuminati adalah cabang-cabang pertubuhan Dajal Laknatullah.Tiada bezanya di antara dua pertubuhan ini, keduanya menganut agama menyembah Iblis dan Syaitan, mengamalkan sihir dan memuja-muja mistik sesat (antaranya percaya kepada kuasa angka dan bentuk geometri).Namun freemason telah tampil seolah-olah sebuah pertubuhan yang halal dan memperjuangkan kebajikan.Kini ahli mereka berada diseluruh dunia termasuk Malaysia yang rata-ratanya dianggotai oleh golongan elit.

2) Lantai Hitam & Putih/Checkered Floor

- Lantai yang digunakan dalam ritual freemasonry (berpetak hitam-putih)

3) Bulan dan Bintang

- Biasa terdapat dalam logo dan simbol yang digunakan oleh freemasonry,dan turut digunakan didalam ritual penyembahan syaitan.Bulan dan bintang turut digunakan sebagai simbolik keIslaman di kebanyakan negara termasuk Malaysia (walaupun ianya bukan logo Islam)

4) All seeing eye

- Simbolik/propoganda "The Hidden Hand/Dajjal" seperti yang tercetak dibelakang wang dollar U.S.

 
“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.Bermaksud: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka iaitu kaum berkenaan).

WALLAHUALAM

  • post ni sy ambil kat fb..skadar pkongsian bersama..renung2 kan dan ambil iktibar..

Tuesday, November 16, 2010

Apa Ada Pada Pokok?

Ciptaan Allah amatlah hebat. Aku melihat pokok dan tumbuh-tumbuhan lantas aku terfikir ;

" Apakah yang istimewanya pokok ini? "

Aku ingin menjadi seperti pokok dan tumbuh-tumbuhan yang sanggup bersusah payah untuk kehidupan manusia dan makhluk lain. Aku juga ingin mencontohi sifat pokok yang tidak mementingkan diri dan sanggup berkorban untuk makhluk lain tanpa mengharapkan balasan apabila memberi walaupun sering disakiti.

Aku kagum apabila memikirkan keindahan ciptaan Allah. Aku kagum apabila berfikir tentang pokok. Pokok dan tumbuhan memerlukan Karbon Dioksida untuk menghasilkan Oksigen. Alangkah baiknya pokok yang sanggup menahan terik matahari untuk melengkapkan ‘ proses fotosintesis' dan sanggup berpanaskan matahari untuk menyediakan tempat berteduh dan berehat untuk makhluk lain. Pokok rela berkorban untuk makhluk lain.

 

" Tetapi manusia? "

" Sanggupkah kita berbuat demikian? "

Tabahnya pokok walaupun keseorangan namun tetap meneruskan hidupnya. Walaupun sering dilukai namun pokok tidak pula membalas dengan keburukkan bahkan dibalasnya dengan kebaikan. Pokok itu setia berdiri teguh di situ. Ingin aku contohi kesetiaan pokok itu.

Seringkali kita melihat manusia mencari pokok sebagai tempat berteduh daripada panas mentari kemudian apabila keadaan tidak panas lagi mereka akan beredar meninggalkan pokok itu keseorangan.

Begitulah sikap kita. Apabila kita memerlukan sesuatu maka kita akan mencari. Namun, apabila kita sudah memperolehi perkara yang kita inginkan kita akan meninggalkannya. Pokok pula sentiasa berada di situ apabila kita memerlukannya, sentiasa setia untuk menolong dan menemani kita walupun kita sering melupakannya dan sentiasa ada sewaktu kita memerlukannya.

Sebenarnya pokok itu mengingatkan kita kepada pencipta kita, Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kita mengetahui bahawa Allah sentiasa ada untuk yang mencari-Nya dan sentiasa membantu hamba-Nya. Apabila kita amati kejadian atau fenomena alam dan berfikir maka kita akan mennyedari tentang kewujudan Allah.

Apa Istimewanya wanita???


50 KEISTIMEWAAN WANITA

1.      Doa wanita lebih makbul drpd lelaki kerana lbh penyayang dr lelaki. Sabda Rasulullah SAW :"Ibu lbh penyayang dr bapa dan doa org yg penyayang tdk akn sia-sia.
2.      Wanita solehah lbh baik drpd 1000 org lelaki yg tdk soleh.
3.      SEORANG wanita solehah lbh baik drpd 70 org wali.
4.      SEORANG wanita solehah lbh bail drpd 70 org lelaki soleh.
5.      Sesiapa yg menggembirakan ank perempuannya, maka darjatnya umpama org yg sentiasa menangis krn takutkan Allah dan org yg takutkan ALlah SWT akn diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6.      Sesiapa yg membawa makanan utk keluarganya, maka pahalanya sama seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan ank perempuannya drpd ank lelakinya. Maka sesiapa yg menggembirakan ank perempuannya seolah-olah dia memerdekakan ank Nabi Ismail a.s.
7.      Haid seorg wanita menjadi penebus dosanya yg lalu. Jika pd hari pertama haidnya dia membaca "Alhamdulillahi'alaa kulli halin wa astaghfirullah(Sgala puji bg Allah dlm segala keadaan dan aku mohon ampun kpd Allah dr segala dosa",maka Allah SWT akn membebaskannya dr neraka dan dgn mudah melalui Siratul mustaqim dgn aman dr seksa.Allah SWT akn mengangkat darjatnya sama spt darjat 40 org syuhada apabila dia selalu berzikir kpd Allah selama haidnya.
8.      Sabda Rasulullah SAW "Wanita yg tggl bersama anak-anaknya akn tggl bersama aku di dlm syurga."
9.      Sesiapa yg bersikap ihsan dan mendidik ank perempuan atau saudara perempuannya dgn penuh rasa taqwa dan tanggungjawab , maka baginya adalah syurga.
10. Drpd Aisyah r.a. "Sesiapa yg diuji dgn sesuatu olh anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kpd mereka, maka mereka akn menjadi penghalang bgnya drpd api neraka."