CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 18, 2011

Allah knows what’s best for us...

Allah knows what’s best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain

We always want the laughter
And the merriment of cheer
But our hearts will lose their tenderness
If we never shed a tear.

Allah tests us often
With suffering and with sorrow
He tests us not to punish us
But to help us meet tomorrow

For growing trees are strengthened
If they withstand the storm
And the sharp cut of the chisel
Gave the marble grace and form

Allah tests us often
And for every pain He gives to us
Provided we’re patient
Is followed by rich again

So whenever we feel that everything is going wrong
It is just Allah’s way
To make our spirit’s strong.


p/s : thanks kak da  for such wonderful words...=)

Monday, January 3, 2011

iMaN awak BERCUTI ke??


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Iman : Assalamualaikum, bos 
Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?
 
Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..
 
Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan kau takde.. 
Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS,TV..jadi kami rasa terpinggir 
Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit saya habis... entah ar 
Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, mathurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka.. 
Diri : Saya tak pernah minta kau bercuti 
Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya pekerja tambahan? Saya lihat mereka buat tuan gembira.. 
Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali 
Iman ; Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga... 
Diri : Maafkan saya. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya akan jaga, En Iman. 
Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah. Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya? 
 
Diri : Janganlah menyalahkan saya. 
Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami 
Diri : Dah awak tak melawan? 
Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga.. Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit? 
Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya 
Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami.. 
Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya 
Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami. 
Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..saya rimas.. 
Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan.. 
Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya 
Iman : Tuan betul-betul sanggup? 
Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur.. 
Iman : Alhamdulillah..kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi 
Diri : Terima kasih..=) Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En mathurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan kamu ya? 
Iman : Alhamdulillah.Moga keuntungan tuan berganda-ganda tahun ini dan seterusnya.. 
Diri : Terima kasih pegawai kewanganku ..


Ya Allah, Jangan Kau ambil nikmat iman dan islam dari kami. Amin Ya Rabb...


renungkan...


‘...adakalanya kita perlu MENANGIS
agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk KETAWA,
dan adakalanya kita perlu KETAWA
agar kita tahu mahalnya nilai AIRMATA...’
“...bersyukur pada orang yang MENYAKITI mu kerana dia yang MENABAHKAN kamu,
Bersyukur pada orang yang TAK MENGENDAHKAN kamu kerana dia yang MEMUPUK mu BERDIKARI,
Bersyukur pada orang yang MENJATUHKAN kamu kerana dia orang yang MEMPERHEBATKAN kemampuan mu,
Bersyukur pada orang yang MENYIKSA mu kerana dia yang menguji KESABARAN dan KETABAHAN kamu...”



"ALLAH menguji hambaNYA dengan dugaan & kenikmatan, 
di uji kita dengan ujian sehingga kadangkala kita rasa buntu menghadapi kehidupan..
sabarlah wahai hati..ALLAH memilihmu kerana ingin dirimu dekat
padaNYA..
mudah-mudahan engkau diberi kekuatan kerana dengan ujian kau akan rasa manisnye kehidupan". INSYA ALLAH

"Bila engkau letih & hilang rasa semangat,
Allah tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya,
Bila tangisan mu berpanjangan & hati mu kedukaan,
Allah telah mengira titisan air mata mu,
Bila engkau rasa ketinggalan & masa meninggalkan mu,
Allah sntiasa disisimu.
Bila engkau telah mencuba tapi tak tau arah tujuan,
Allah ada jalan penyelesaiannya"....

p/s : renung2 kan kata2 ini...selalunya apa yang kita baca lagi terkesan dalam hati kita berbanding dengan apa yang orang cakap kat kita...sy lebih menghayati dan merasai apa yang sy baca...ia akan menginsafkan sy, membuat sy jadi lebih banyak berfikir dalam setiap apa yang saya lakukan...