CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 7, 2010

Aku lebih suka yang berakhlak dari yang mantap ibadah tanpa akhlak...



"Aku lebih suka orang yang berakhlak, biarpun dia tidak hebat dalam ilmu agama..biarpun dia tidak belajar tinggi di luar negara...tetapi jika akhlaknya baik..pertuturannya sangat sopan..tegurannya berhikmah dan penuh dengan keinsafan itulah akan aku jadikan sahabat seperjuangan...kerana aku yakin dengan akhlaknya...dia akan jadi lebih baik dari yang hebat dalam agama...tetapi tidak mempunyai akhlak yang tinggi..."

Berkata Al-Wasithi "Budi perkerti baik ialah kalau orang tidak bermusuhan dan tidak dimusuhi kerana sangat dekat dengan mak'rifat Allah.."

Berkata Syah Al-Karami "Budi pekerti baik ialah mencegah hal-hal yang menyakiti terutamanya perasaan sesama muslim..."

Rasulullah saw pernah didatangi seorang sahabat yang meluahkan isi hatinya..."Ya Rasulullah..aku ada melihat seorang yang kuat beribadah...tetapi dia tidak menjaga percakapannya...dia sering menyakitkan hati saudara semuslimnya dengan kata-kata sinisnya...bila dia menegur saudara semuslim yang lain dia sering meyakitinya...dimanakah tempat dia ya Rasulullah..."

Wahai sahabatku..."sesungguhnya dia akan Allah letakkan di tempat yang lebih hina dari nerakan jahannam...kerana tidak mempunyai akhlak...biarpun dia adalah ahli ibadah..."

"A'uu Zubi kalima til'lah Hit' Tamma Ti Min Shar' Rima kal'laq.."
"Ya Allah..sesungguhnya aku berlindung diri denganMU dari kejahatan perangai, dan tingkahlaku
dan kejahatan hawa nafsu.."

0 comments: