CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 26, 2010

Allah S.W.T. sentiasa ada untuk hambaNya..

assalamualaikum....

Dah agak lama tidak menjenguk blog ni..x tau nak kongsi apa sebenarnya..entah lah..terlampau banyak perkara yang di fikirkan.. semua manusia tak perfect, diri ku pun tidak pernah lari daripada kesilapan..kadang2 selalu tertanya-tanya kenapa semua orang expect diriku  menjadi seorang yang perfect, x pernah buat salah, x pernah lukakan hati orang lain..sungguh diri ini pun x mampu nak jaga hati orang lain sedangkan hati sendiri tidak terjaga...sapa lagi yang nak jaga hati ni kalau bukan diri sendiri..tapi rasa nya hati ku lebih banyak terluka..salah kah bila diriku cuba menyenangkan semua pihak.. cuba berusaha untuk jadi yang terbaik tapi hanya kerana diri ini manusia yang punya kekurangan menyebabkan mereka lupa segala kebaikan yang ku lakukan..adil kah begitu??.terasa penat di kelilingi manusia yang sentiasa mahukan kesempurnaan..hanya kerana nak jaga hati orang diri ini yang terluka ibarat makan hati berulam jantung..

Sebab tu diri ini perlu kuat dan tabah supaya mereka tidak nampak diri ku lemah..diri ini terima semua nya dengan penuh redha..ini pastinya ujian dari Allah S.W.T..bukankah Allah tidak akan menguji seseorang hambaNya melebihi kemampuannya?.pasti nya Dia tahu yang diri ku mampu menghadapinya..kerana itu Dia memberi kan ujian seberat ini kepada diri ku..bukankah ujian itu supaya kita lebih dekat denganNya dan sentiasa mengingatiNya walau di mana kita berada..

Satu perkara yang membuatkan diriku masih teguh berdiri kerana ku percaya Allah sentiasa bersama hambaNya yang memerlukan Dia....Dia akan sentiasa ada untuk mendengar luahan hati kita, membantu kita di kala kita dalam kesusahan..itu yang lebih penting...CINTA ALLAH S.W.T....

0 comments: