CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 7, 2010

renungkan sejenak.....


Aku tersenyum dan berfikir..
Terkadang, ada masanya, Allah uji kita dengan kegagalan,
agar suatu hari nanti, 
apabila Allah berikan kejayaan, kita tidak akan berasa riya' dan bangga,
dan akan sentiasa bersyukur denganNya,
kerana, kejayaan itu adalah hak milik Allah, begitu juga kegagalan yang diberikanNya.
Bagaikan sebuah pepatah melayu "Ular menyusur akar, takkan hilang bisanya.

Terkadang, ada masanya, Allah uji kita dengan kesusahan menjaga iman,
agar suatu hari nanti, 
kita akan mampu berfikir dan menilai, betapa bernilainya sebuah nilai keimanan.
kerana keimanan itulah yang mampu membentuk dan memandu kita ke arah kebaikan
dalam rangka mencari cinta dan redhaNya, melangkah mencari Husnul Khatimah,

Terkadang, ada masanya Allah uji kita dengan kesukaran berukhuwah,
agar suatu hari nanti, 
apabila Allah berikan kita nikmat berukhuwah itu,
kita mampu memegangnya dengan kuat dan utuh,
laksana rantaian tasbih yang tiada penghujung,
kerana nilai seorang ikhwah itu takkan sama dengan harga sejongkong emas.

dan terkadang, akan ada masanya Allah uji kita dengan nikmat tarbiyyah,
agar suatu hari nanti, 
apabila kita mentarbiyyah insan lain,
kita akan mampu merasai, betapa beruntungnya dikurniakan nikmat tarbiyyah,
kerana bukan semua orang dapat memahaminya, jauh sekali merasai nikmatnya..

0 comments: