CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 7, 2010

iNgaTLaH HaWa!!!


Wahai Hawa,

Sedarlah hawa kau bisa melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh & solehah, 
kau bisa menjadi isteri yang taat kepada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. 

Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu , 
dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu dan jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. 
Jangan hawa , jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu...

Wahai Hawa,

Andai engkau masih remaja , 
jadilah anak yang solehah buat orang tuamu, 
andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu , 
andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan agama Allah...

Wahai Hawa,

Andai engkau belum menikah, jangan kau risau akan jodohmu, 
ingatlah hawa janji Allah , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. 

Jangan mengadaikan imanmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki,
jangan memakai pakaian yang menampakkan lekuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, 

kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya...

Wahai Hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, tidak memilih wanita melalui keseksiannya ,tidak menilai wanita melalui keayuaannya ,kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. 

Tetapi hawa , lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya ,peribadinya dan agamanya...

Oleh kerana itu Hawa,

Jagalah pandanganmu, 
jagalah pakaianmu, 
jagalah akhlakmu,
kuatkan pendirianmu...

Andai kata tiada cinta dari Adam ditakdirkan untukmu , 
cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu ,
biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi kehangatan kebahagiaan buat dirimu, 
cukuplah sekadar cinta keluarga yang akan membahagiakan dirimu...
 

p/s : Cintailah Allah dikala susah dan senang,
         kerana kau akan memperoleh cinta dari insan yang juga menyintai Allah...
         Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah...
         Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga...

0 comments: